anda suka blog nie??

Saturday 3 November 2012

Maafkan Saya..

Maafkan saya,
Jika saya kekal dengan ketegasan diri tak nak didekati oleh seorang insan bernama lelaki dulu, mungkin semua ini takkan terjadi..


Maafkan saya,
Jika saya tidak bergurau senda & ramah melayan kata-kata mesra dari awak dulu, mungkin semua ini takkan terjadi..



Maafkan saya,
Jika saya tak bercakap dengan nada yang lembut dengan awak dulu, mungin semua ini takkan terjadi..



Maafkan saya,
Kerana jatuh hati pada awak & telah membuat awak juga jatuh hati pada saya..



Maafkan saya,
Jika lembut & mesra tutur bicara saya, manja suara & kata-kata saya dalam setiap pesanan ringkas, chatting kat fb & perbualan suara melalui telefon buat awak bertambah dekat & sayang terhadap saya.


Maafkan saya,
Kerana dah buat hati kita bergelumang dengan dosa selama ini.



Maafkan saya,
kerana mengambil keputusan untuk berpisah ini.
Bukan ada niat yang terselindung, tapi hanya untuk kita menggapai kembali redha-Nya.



Saya bersyukur diperkenalkan & dipertemukan dengan awak.
Mengenali awak, membuat saya yakin, di dunia nie masih ade lelaki yang baik.
Awak sentiasa baik dengan saya, awak banyak bersabar dengan karenah saya, awak sentiasa berusaha menggembirakan saya walau apapun mood saya ketika itu..
Prasaan kasih & sayang pada awak, merupakan 1 anugerah yang x ternilai bagi diri saya..
Tapi malangnya, kita telah menggunakan anugerah itu dengan cara yang tak tepat..


Andai awak memang menyayangi diri ini.., jumpalah kedua ibu bapa saya,
pinanglah saya, dan jadikan saya milik awak yang halal, yang sah..
Kemudian, kita sambung kembali kisah percintaan kita di dalam hubungan yang halal..
Saya pasti, hubungan kita akan menjadi lebih indah setelah itu..


Andai saya memang merupakan tulang rusuk awak, saya akan menanti awak untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain..
Tapi andai kata, saya bukan wanita yang ditakdirkan untuk menjadi jodoh awak, saya redha & saya doakan awak mendapat seorg wanita solehah yang jauh lebih baik berbanding diri saya..(n_n)'










Sharing is caring ^_^

Friday 2 November 2012

Mungkin Ini Yang Terbaik Untuk Kita

assalamualaikum..

dugaan yang datang silih berganti..
untuk menguji iman hambaNYA ini..
aku perlu kuat untuk menghadapi segala-galanya..

bermujahadah amatlah sukar..
perlu melawan nafsu diri sendiri..
perlu melawan bisikan syaitan..

dunia adalah sementara..
akhirat kekal selama-lamanya..
kumpullah pahala didunia..
supaya diakhirat kita bahagia..

jodoh pertemuan telah ditetapkan oleh ALLAH..
iaitu sebelum kita dilahirkan didunia lagi..
tidak pelulah terlalu taksub untuk mencari si soleh...
tetapi taksublah untuk menjadi si solehah..

apabila kita menjadi si solehah..
si soleh akan datang..insyaALLAH..

ajal maut adalah pasti..
tetapi bila, dimana dan bagaimana, kita tidak tahu..
beribadahlah seumpama kita akan mati pada keesokkan harinya..

YA ALLAH..aku mohon kepadaMU..
kau kuatkanlah aku..
aku insan yang lemah..
kau berikanlah aku petunjuk untuk sentiasa berada di jalanMU..
menuju redhaMU..
menggapai rahmatMU..

YA ALLAH..aku tidak layak ke syurgaMU..
tetapi aku tidak pula sanggup ke nerakaMU..
ampunkanlah segala-gala dosa2ku..
dosa masa silamku..

aku bermohon YA ALLAH..
jangan kau palingkan hatiku dariMU..
kau limpahkanlah hidayahMU kepadaku..
agar aku tidak goyah untuk sentiasa istiqamah kepadaMU..

YA ALLAH..kau kurniakanlah aku sahabat yang soleh dan solehah..
untuk membimbing aku,menasihati aku dan menegurku..
yang sentiasa lalai dalam urusan dunia..

YA ALLAH..kau lindungilah hatiku daripada melalukan maksiat kepadaMU..
kau teguhkan iman aku..
kau bisikkanlah hidayahMU, ketika aku leka dan lalai..

YA ALLAH..wahai pemilik hatiku..
jangan kau bolak-balikkan hatiku untuk sentiasa berada bersamaMU..

YA ALLAH..engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..
kepadaMU aku meminta dan memohon..

ALLAH tidak akan membebankan hambanya dengan bebanan yang tidak dapat dipikul olehnya..
ALLAH bagi dugaan 2 sebab ALLAH yakin,kita mampu menanggungnya..

tidak perlu meminta untuk diringankan dugaan, tetapi mintalah untuk dikuatkan iman..




YA ALLAH..kau bantulah aku untuk menjadi wanita solehah..
semoga suatu hari nanti, aku dapat terus beristiqamah..<3 insyaALLAH...
Sharing is caring ^_^

Tuesday 14 February 2012

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

p/s: YA ALLAH, jika dia jodohku..kau permudahkanlah..Jika dia bukan jodohku, kau jauhkanlah dia dariku dan kau kuatkan aku untuk terima segala ketentuanMU..:)

 
Sharing is caring ^_^

Sunday 12 February 2012

Mengingati Mati..Setiap Yang Hidup,Pasti Akan Merasai Mati..

- SEKADAR PERINGATAN BERSAMA


BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.


Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi'e biasa sebagai pendapat golongan atheis, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja. Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan sama ada di udara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.




Selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta'un dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di atas. Jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka bertanya, "sebab apa si pulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?".


Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.


Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.


Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat.


Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.


Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.


Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.




Selain itu Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul a.s.w., para nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang solihin.




Selain itu malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.




Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.




Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.




Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya.




Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar.




Firman Allah Taala: Yang bermaksud: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya." (Surah Al-A'raf: ayat 34)
Sharing is caring ^_^

Saturday 11 February 2012

Muhasabah Diri..

Ya Allah Ya Aliim, sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui.
Ya Allah, sesungguhnya hanya ENGKAU lah tempat kami bergantung.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Urus semua urusan makhluk.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Mencintai dan Memelihara..                             

Betapa ku memohonkan kepada-Mu..

Bila rasa yang pernah ada padaku untuk ‘sayang yang bukan sayangku’ adalah hal yang salah dan tidak Engkau redhai, ampunilah aku. Hamba-Mu yang berlumuran dosa ini.

Semoga Engkau pertemukanku dengan si dia yang lebih sesuai dengan diriku. :)

Sharing is caring ^_^

YA ALLAH..Kau Penerang Hatiku..

Mencinta Mu tenangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi


p/s: YA ALLAH,kau terangilah hatiku..kau bukakanlah minda dan hatiku..untuk mendekatiMU..Sesungguhnya,engkaulah segala2nya..
hidup dan matiku hanya untukMU YA ALLAH..tiada apa yang aku mahukan selain daripada redhaMU..Semoga aku tergolong dalam senarai ahli syurgaMU..insyaALLAH..amin..~

Sharing is caring ^_^

Soleh Dan Solehah..


jika mahu mendapatkan yg SOLEH, kurangkan agenda menCARI si SOLEH, tetapi b'usahalah menJADI yg SOLEHAH.Jika inginkan yg SOLEHAH, jgnlah cerewet menCARI yg SOLEHAH,tetapi berusahalah menJADI yg SOLEH.Bertemu yg solehah,solehahnya dia belum tentu KEKAL.Bertemu yg soleh,solehnya boleh BERUBAH kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa.Perkahwinan adalah sebahagian drpda proses utk MENJADI,bukan MENCARI..

Sharing is caring ^_^